Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kampar pada Isnin atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penjawat awam, dua minggu lalu.
Tertuduh, K Suntharalingam, 29 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Tr Kavita.